NAMA : MUHAMMAD RAZIQ BIN SHAIFUL ASRI

UMUR : 13 TAHUN

AHLI : 2015

 

 RAZIQ1

 

 

Latar belakang

Muhammad Raziq Bin Shaiful Asri merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Pelajar ini menuntut di dalam darjah 6 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg Ulu Luit. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang anggota bomba. Pada masa lapang beliau suka bermain bola sepak. Oleh kerana minatnya kepada bola sepak, beliau sering mengambil bahagian di dalam pertandingan bola sepak di sekolah. Seorang yang pemalu tetapi ramah apabila rapat dengannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau agak lemah untuk menaip dan hanya menggunakan komputer untuk bermain game. Beliau juga tidak mengetahui komponen-komponen serta aplikasi yang terdapat di dalam komputer.Penggunaan komputer di sekolah juga terhad membataskan beliau untuk belajar secara mendalam mengenai komputer serta jarak cyber café yang agak jauh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sering mengikuti kelas ICT yang di adakan oleh petugas PEDi menjadikan beliau menguasai bidang komputer. Kini, beliau mahir menggunakan aplikasi komputer seperti e-pembelajaran yang sering menjadi rujukan untuk membuat latihan.