NAMA : MOHD ANIQ MUIZ BIN KAMARUDIN

UMUR : 11 TAHUN

AHLI : OGOS 2015

 

                      muiz1.jpg

 

Latar belakang

Mohd Aniq Muiz Bin Kamarudin merupakan seorang pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Ulu Luit. Merupakan anak ke 9 daripada 10 adik beradik. Seorang yang rajin belajar dan mudah belajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi beliau tidak mengatahui cara menggunakan komputer dan juga segala perkara berkaitan perkakasan komputer. Ini kerana kelas komputer di sekolah juga amatlah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mula mendaftar sebagai ahli di PEDi pada tahun 2015. Selepas menjadi ahli beliau selalu hadir ke PEDi untuk mengikuti kelas ICT yang dijalankan pada hujung minggu. Beliau mengambil kesempatan untuk belajar serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai komputer.

Selepas beberapa kali mengikuti kelas yang dijalankan beliau mahir menggunakan peralatan komputer serta perisian seperti Microsoft words. Beliau tidak lagi kekok menggunakan komputer.