Keselamatan Kenderaan di Tapak Pembinaan - satu panduan ringkas

Oleh Mohd Fairuz Ab Rahman, Mohd Fiqri Mohd Hanafi & Mohamad Syamir Senin

Pengenalan

1. Kemalangan melibatkan kenderaan di tapak pembinaan banyak berlaku pada mutakhir ini dan setiap tahun. Pada tahun 2019, seramai 27 pekerja terkorban dalam kemalangan berkaitan kenderaan di tapak pembinaan. Dua belas orang daripada mereka adalah pekerja am, manakala lima orang adalah pemandu.

figure1 vehicle accidents

Rajah 1. Pada tahun 2019, kemalangan berkaitan kenderaan menyumbang bilangan kedua tertinggi kemalangan maut pekerja pembinaan.

2. Penyebab utama kematian adalah pekerja dihimpit atau dilanggar kenderaan atau jatuh dari atasnya. Jenis utama kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut adalah lori (8).

3. Panduan ini ditujukan kepada pengurus dan pemandu untuk membantu mereka mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemalangan berkaitan kenderaan. Majikan mempunyai kewajipan perundangan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya, kontraktor dan orang awam tidak terdedah kepada risiko yang terhasil daripada pengusahaannya.

4. Pekerja dan orang yang bekerja sendiri mempunyai kewajipan untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain yang mungkin terkesan dengan kerja mereka.

5. Keselamatan kenderaan termasuklah kenderaan yang digunakan di tapak dan kenderaan yang diletakkan di jalan awam bersebelahan dengan tapak untuk tujuan memuat dan memunggah.

Pengurusan keselamatan kenderaan di tapak pembinaan

6. Pengurusan keselamatan kenderaan memerlukan pentaksiran risiko. Pentaksiran risiko haruslah mengambil kira tiga perkara utama, iaitu:

  • tapak yang selamat (reka bentuk dan aktiviti);

  • kenderaan yang selamat; dan

  • pemandu yang selamat.

Tapak yang selamat - reka bentuk

Pengasingan

  • Sediakan laluan trafik pekerja dan kenderaan yang berasingan

  • Jika pengasingan sempurna tidak mengizinkan, tanda dengan jelas laluan trafik pekerja dan kenderaan menggunakan halangan dan papan tanda

  • Sediakan laluan masuk dan keluar yang berasingan untuk pekerja dan kenderaan