Paraffin sangat mudah terbakar. Ia membakar dengan marak seperti minyak tanah. Eksperimen ringkas yang kami lakukan mengesahkannya (lihat gambar).

Gambar Atas
Kayu tanpa paraffin. Tempoh masa pendedahan kepada api selama 3 saat.

Gambar Bawah
Kayu dengan 5 titis paraffin. Tempoh masa pendedahan kepada api selama 3 saat.

NOTA : Minyak bayi sebenar yang mengandungi paraffin digunakan untuk eksperimen ini.

Malangnya ia menjadi pelarut yang sangat popular digunakan di dalam produk bayi jenis cecair. Ibu ibu menyapu bahan ini tanpa mengetahui bahawa mereka sedang menyapu bahan yang mampu mempercepatkan anak mereka disambar api lalu terbakar hidup hidup.

Hakikatnya, terdapat produk dalam pasaran yang mengandungi sehingga 50 peratus bahan ini.

Nasihat saya, jika mahu guna juga, pastikan tiada sisa bahan ini pada pakaian atau alas tidur bayi, dan jauhkan sama sekali dari sumber api, contohnya api atau abu rokok yang mungkin masih mengandungi sedikit api.

Hal ini kerana, laporan daripada pihak Bomba di England mendedahkan, sejak tahun 2010, sebanyak 37 kes kematian dikaitkan dengan produk yang mengandungi Paraffin.

Sifat paraffin yang mudah terbakar telah mempercepatkan kemarakan api.

Apabila api mula menyambar bahan ini, ia akan marak dengan sangat pantas, menyebabkan mangsa tiada masa yang mencukupi untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.

Inilah yang telah berlaku kepada Christopher Holyoake, 63 di Leicester pada tahun 2015 yang telah mati dalam kebakaran.

Siasatan pihak bomba mendapati cadar tilamnya dipenuhi minyak sapu yang mengandungi paraffin, bahan sama yang para ibu sapukan pada anak kecil dengan penuh gembira.

Sumber : 
+ INDEPENDENT News UK
+ National Patients Safety Agency (US)

.