Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran kini beroperasi di bangunan kompleks baharu terletak bersebelahan Maran Hill Golf Resort, kira-kira satu kilometer dari lokasi asal. Semua jabatan dalam IPD Maran telah memulakan operasinya di bangunan baru ini kecuali Bahagian Trafik masih di tempat lama. Lokasi baharu IPD Maran yang terletak di atas bukit lebih strategik dan dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai kerana mempunyai kawasan letak kereta yang lebih luas berbanding lokasi lama.

Antara jabatan-jabatan yang terdapat dalam IPD Maran ialah Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit Cawangan Khas dan Bahagian Ketenteraman Awam. Selain kompleks pentadbiran, IPD turut mengandungi kediaman lapan unit rumah pegawai dan 60 unit rumah anggota lain-lain pangkat.

 

                                          balai polis