Celoteh saya mengenai JENGKA SENTRAL : Terminal pengangkutan awam yang baru sahaja disiapkan di Bandar jengka, Maran, Pahang:
"Alhamdulillah, antara terminal Bas & Teksi paling "awesome" di Pahang akan beroperasi tidak lama lagi....izinkan saya sebagai penggiat "industri pelancongan" untuk memberi sedikit pendapat. Seperti yang kita sedia maklum, Industri Pelancongan di Maran amnya adalah antara yg termundur di dalam negeri Pahang ini jika dibandingkan dengan daerah Bentong, Temerloh, Jerantut, Kuantan, Cameron namun masih belum terlambat untuk kita bersaing. Sebenarnya banyak tarikan pelancongan yang boleh diketengahkan di Maran amnya dan Jengka khasnya sekiranya beberapa perkara asas dapat disediakan dan antara yang paling kritikal adalah "Tourist Information Center" sebagai pusat sehenti segala rujukan pelancong luar negara, pengembara dan pelancong tempatan tentang penginapan, pengangkutan, kereta sewa, tempat2 menarik dan hal2 berkaitan. Dan amat penting ianya dikendalikan oleh mereka yang benar-benar profesional dan berinformasi bukan setakat tangkap muat. Kalau kita perhatikan, kemudahan rujukan maklumat sehenti ini langsung tidak dipertimbangkan dalam perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.