Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

 

Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.Pelawat digalakkan menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah. Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM50.00 (maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).

Jadual Aktiviti Pelawat

 

Masa

 

Aktiviti

10.00 pagi

PENDAFTARAN

 

Pelawat wajib mendaftar dan mendapatkan pelekat / pas kebenaran masuk ke PKGK.

 

PUSAT INTERPRETIF

 

Pelawat disaran melawati pusat interpretif bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan PKGK.

 

10.30 pagi - 12.00 tengahari

MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH

Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.

1.00 & 1.30 petang

MENONTON TAYANGAN VIDEO

Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan PERHILITAN.

2.00 – 2.15 petang

(Jumaat : 3.00 – 3.15 petang)

LINTASAN GAJAH

Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dari jarak dekat kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukkan gajah.

2.15 petang – 3.00 petang

PENERANGAN KONSERVASI DAN PERTUNJUKAN BERMAKLUMAT DARI MAHUT DAN GAJAH

Pengenalan kepada perilaku, konservasi dan sejarah gajah di PKGK

Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.

Nota:

Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang.

3.00 – 3.15 petang

LINTASAN GAJAH

Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dengan kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukan gajah.

3.00 - 4.30 petang

MEMANDIKAN ANAK GAJAH

Aktiviti ini bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan syarat-syarat lain. Terhad kepada 100 orang sehari. Pendaftaran awal perlu dibuat bagi aktiviti ini.

Nota :

  • Pelawat diwajibkan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong dengan bayaran sebanyak RM10.00 / orang (dewasa) dan RM5.00 / orang (kanak-kanak) bagi aktiviti ini sahaja.
  • 4 orang pelawat untuk seekor anak gajah bagi tempoh lebih kurang 2 minit.

MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH DALAM KANDANG

Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.

4.30 petang PENDAFTARAN DITUTUP

 

Waktu Lawatan:

Hari Masa
 Isnin - Ahad  8.00 pagi - 1.00 petang
 2.30 petang – 4.30 petang
 Jumaat  8.00 pagi - 12.30 tengahari
 2.30 petang – 4.30 petang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-979 0272 Kaunter: 013-908 8207
Faks: 09-279 0398

 

Email: necc[at]wildlife[dot]gov[dot]my

 

 PERLANCONGAN DI DAERAH MARAN

 TAMAN TASIK MARAN

  • Sebuah lokasi yang dibina untuk aktiviti riadah.
  • terdapat dua buah taman permainan kanak-kanak,trek jogging,chalet serta gelanggang petanque.
  • mempunyai permandangan yang indah terutama waktu petang,suasana yang nyaman dan sesuai juga bagi kaki pancing serta orang awam untuk menghabiskan waktu bersama keluarga kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas awam yang selesa.

AIR TERJUN TELADAS

  • terletak 2km dari bandar Maran, 50km dari Temerloh.
  • ditubuhkan pada tahun 1985.
  • menjadi tumpuan pelawat terutama pada musim cuti sekolah kerana airnya yang dingin serta tarikan para pengantin yang ingin mengadakan photoshoot.
  • antara kemudahan yang disediakan seperti jalan,pondok, bangku , tandas awam, jambatan gantung, ampangan serta tangga konkrit

PADANG GOLF MARAN (MARAN HILL GOLF RESORT)

  • Permandangan yang menarik
  • menyediakan 18 lubang golf
  • terletak berhampiran Taman Tasik Maran.

Asal Usul Bukit Gambang

Awal tahun hingga hujung tahun 1990-an kawasan bukit gambang hanyalah sebuah hutan belantara sahaja. Dalam hutan itu masyarakat khususnya warga felda lepar hilir mengambil hasil hutan untuk tambahan sara diri. Pekhidmatan bas ekspres atau bas henti-henti pastinya akan berhenti di simpang 3 menuju ke gugusan felda lepar hilir masa tu mana ada highway lagi..mati hidup jalan kuantan-maran-temerloh lah jalan utama..

Pada tahun 2008 dengar cerita nak buka satu taman tema air terbesar kt pantai timur, katanya kt gambang....terlintas dalam kepala mana tempat nak buat, nak dijadikan cerita maka hutan yang menyimpan banyak kenangan bagi warga lepar terpaksa dikorban demi untuk pembangunan....katanya. Sejak tarikh itu bekerjalah jentolak bekerja siang dan malam mengeluarkan balak dan meratakan tanah untuk membina sebuah taman tema air yang anda kenali sebagai BUKIT GAMBANG THEME PARK

layout dalam Bukit Gambang Theme Park  Boleh plan nak pergi mana dulu, kalau menapak jauh, mau tercabut kepala lutut.  gambang2  gambang3  gambang4

Waterpark Kubang Gajah Temerloh Pahang merupakan kawasan rekreasi bagi penduduk di kawasan sekitar Temerloh, Pahang. Ia merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga,anak-anak dan kawan2.
 
Kawasan  ini agak strategik menyebabkan ramai pengunjung datang ke Waterpark Kubang Gajah ini. Kawasannya juga berhampiran dengan bandar Temerloh jadi mudah bagi pengunjung untuk datang beriadah sambil membeli-belah sekitar mall berhampiran.
 
Selain itu juga,kawasan Waterpark Kubang Gajah ini menjadi tumpuan pengunjung kerana berhampiran dengan taman permainan dan berdekatan tasik yang luas dan cantik. Di samping beriadah kita dapat juga menghirup udara segar di tepian tasik.
 
Pengunjung juga tidak perlu gusar untuk solat kerana Waterpark Kubang Gajah ini berdekatan dengan Surau Bukit Angin dan Masjid Baru Temerloh.
 
Untuk peminat masakan Pahang Ikan Patin Tempoyak, Kubang Gajah Waterpark juga berdekatan dengan Restoran ikan patin tempoyak terkenal di Temerloh Pahang iaitu Gobang Maju Patin Tempoyak Temerloh, Patin Pak Usop dan Abang Zul Ikan Patin[hanya menyebutkan bbrp nama restoran ikan patin yg admin pernah pergi]. Selepas mandi manda pasti perut lapar jadi restoran ikan patin tentu jadi pilihan anda.
 
Kubang Gajah Waterpark juga berdekatan dengan Pusat Santuari Gajah, Kuala Gandah dan Deerland Park Lanchang mengambil masa 45 minit dengan menaiki kereta. 
 
Percutian anda pasti berbaloi2. Manfaatkan masa bersama keluarga dan kawan2 ke Kubang Gajah Waterpark. 
 
ALAMAT :                                                                                                                                                                                         
 
WATERPARK KUBANG GAJAH,
NO.1, TAMAN AWAM KUBANG GAJAH,
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR
 
* Berdekatan Surau Bukit Angin Temerloh dan Masjid Baru TemerlohIbu jari ke atas
* Berdekatan dengan Restoran Gobang Patin TempoyakIbu jari ke atas
* Berdekatan dengan Restoran Buffet Steamboat Rotarium Ibu jari ke atas
* Berdekatan dengan Gerai Makan Pak Usop Istimewa Gulai Ikan Patin Tempoyak Ibu jari ke atas
 
HARGA TIKET DAN WAKTU OPERASI MULAI 01.10.2015
::::::::::
 
1) CUTI UMUM,CUTI SEKOLAH , SABTU & AHAD
 
DIBUKA                                                        : 7 HARI SEMINGGU
JAM                                                              : 09.00 PAGI - 07.30 MALAM
DEWASA                                                      : RM10.00
KANAK2 (2-12 thn)                                      : RM8.00
 
KANAK2 (1 thn 11 bln ke bwh-my kid)       : PERCUMA
OKU (pemegang KAD OKU)                      : RM5.00
WARGA EMAS (60 thn ke atas-my kad)    : RM5.00
 
Group melebihi 25 orang : less 10% [ dewasa RM9.00 / kanak2 RM7 ]
 
TIADA TIKET PENJAGA ( PROMOSI HARI SEKOLAH SHJ)
 
::::::::::
 
# MAKANAN BOLEH BAWA MASUKIbu jari ke atas
 
# Binatang peliharaan TIDAK dibenarkan bawa masuk.TQ
 
 
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI Call/Whatsapp :
 
019-324 7782 (YANTI ) 019-988 2377 ( RAFI )
 
KB     KB2     KB3     KB4
 
 

Air terjun Lubuk Yu terletak di MaranPahangMalaysia. Ia berdekatan dengan tanah rancangan FELDA Jengka dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Khazanah Alamdan Hutan Lipur TeladasLoji Air Hulu Jempol terletak di kaki Gunung Berantai.[1] Ia terletak 30 km dari bandar Maran dan 100 km dari bandar Kuantan. Terletak di Kompartmen 56 & 57 Hutan Simpan Berkelah.

Nama air terjun ini sempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Pengunjung boleh datang dari Jalan Maran-Jerantut atau Jalan Bandar Jengka-FELDA Ulu Jempol untuk ke Lubuk Yu.