Tasik Chini salah satu destinasi pelancongan menarik di Pahang, terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan, ia boleh diakses melalui jalan raya melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.

Lokasi Tasik Chini agak jauh ke dalam. Namun boleh menaiki kenderaan sebesar bas dan kelihatan juga lori-lori keluar masuk dari kawasan tersebut. Tasik Chini boleh dikatakan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong kerana aku melihat beberapa pelancong asing dari eropah dan China mengunjungi Tasik Chini ini.

Kelengkapan asas seperti katil, penghawa dingin, bilik air dan meja kecil terdapat di Deluxe Room. Suasananya agak selesa untuk menginap 4 hari 3 malam di sini, ia sesuai untuk golongan pemancing dan mereka yang ingin menjalankan kajian tentang flora dan fauna.

Sejarah Tasik Chini.

Tasik Chini ialah sebuah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar. Tasik Chini mengandungi rangkaian 12 buah tasik (disebut ‘laut’ oleh masyarakat Orang Asli tempatan) yang bercantum antara satu sama lain. Tasik Chini menawarkan persekitaran yang tenang dan damai disebalik misteri dan lagenda zaman berzaman yang tiada jawapan hingga kini. Kononnya, pada zaman dahulu , tasik Chini adalah tapak sebuah kota besar khmer yang kini telah tenggelam dan dijaga oleh makhluk misteri.

Khabarnya juga, makhluk misteri ini pernah ditemui oleh penduduk-penduduk tempatan, tetapi walau bagaimanapun, kewujudan makhluk tersebut masih belum dapat disahkan secara saintifik. Masyarakat tempatan percaya bahawa tasik ini didiami oleh seekor naga yang besar.

 

Mitos Naga Tasik Chini.

Diceritakan ada perkampungan di bawah tasik chini itu di mana terdapat harta karun yang berupa emas. Seekor naga menjaga harta karun itu dari diganggu oleh sesiapa pun. Ada juga yang mengatakan bahawa naga air itu suka memakan teratai di tasik tersebut. Pokok teratai ini dikatakan bermusim dari bulan Jun hingga bulan September.

Bagi aku, kemungkinan hidupan seumpama naga air yang digambarkan itu ada. Tetapi pada masa sekarang, ia seakan-akan Oarfish yang pernah dijumpai di beberapa lokasi di luar negara.

 

 Kaunter Lake Chini Resort1     Jeti Tasik Cini Waktu Siang2     Pelangi Tasik Chini2     

Air Terjun Berkelah terletak di Daerah Maran, Pahang Darul Makmur kira-kira 45km dari Bandar Kuantan. Air Terjun Berkelah terletak 30-40 minit perjalanan dari bandar Kuantan dan hanya 10-15 minit dari Exit Tol Gambang bagi Lebuhraya Pantai Timur.  Air terjun ini terdiri daripada 7 peringkat. Antara tarikan pelancongan yang dekat dengan Air Terjun Berkelah adalah Bukit Gambang Waterpark.

Menurut sumber, sungai dan air terjun ini dinamakan 'BERKELAH' disebabkan terdapat spesies ikan kelah yang telah menjadikan sungai tersebut sebagai habitat tetapi spesies kelah ini telah mengalami penurunan yang teruk (terancam).  Air terjun ini juga mempunyai 7 tingkat air terjun dan memerlukan kekuatan fizikal yang agak lasak bagi sesiapa yang ingin mengunjungi air terjun ini kerana treknya yang sukar dan lasak. Namun, bagi sesiapa yang tidak mempunyai stamina yang tinggi, anda boleh mengunjungi tingkat 1. Air terjun ini merupakan salah satu lokasi riadah popular di kalangan masyarakat setempat mahupun penggemar aktiviti lasak.


berkelah10     berkelah20     berkelah30

Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai TC cukup terkenal di kalangan pengunjung yang berasal dari negeri Pahang sendiri. Pantai Teluk Cempedak cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian.

Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Pantai Teluk Cempedak juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, hotel, restoran, gerai akan memudahkan pengunjung. Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.

tc10    tc20    tc4

Hutan lipur ini terletak 2km dari Bandar Maran dan 50km dari Temerloh dan telah ditubuhkan pada tahun 1985. Kawasan ini dikunjungi oleh pelawat kerana ia terkenal dengan air terjunnya dan sungainya yang dingin. Ia terletak di dalam hutan yang telah dibalak. Terdapat lebih kurang 1,000 orang pelawat datang berkunjung ke sini di dalam satu bulan terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awan, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikpulih. Disamping itu usaha menanam beberapa jenis pokok sebagai program pengindahan telah dijalankan.

signage teladas 7 a  signage teladas 7   

Lokasi : 

Kompartmen 1,2,3, dan 4 Hutan Simpan Jengka. Keluasan pembangunan lebih kurang 10 hektar. Terletak 39 km dari Temerloh dan 149 km dari Kuantan.

Tarikan : 

Terdapat sebanyak 19 buah gua di Gunung Senyum dan 5 lagi di Gunung Jebak Puyuh. Tiap-tiap gua ini mempunyai struktur batu yang unik dan berlainan di antara satu dengan lain. Antara ciri fizikal yang dijumpai adalah Stalagtif, Stalagmit, dan Colum yang menarik. Disamping itu setiap gua mempunyai kesan-kesan sejarah manusia zaman mesolitik. Pelbagai aktiviti yang berkonsepkan "ecotourism" boleh diadakan di Gunung Senyum sepertu berkhemah, meneroka gua-gua, berjalan malam dan aktiviti lasak seperti mendaki. Dalam aktiviti "jungle trekking" ke Gunung Jebak Puyuh, pengunjung boleh menikmati keindahan hutan asli semulajadi.

 

Kemudahan :

 Asrama khas untuk lelaki dan perempuan lengkap dengan tandas dan tempat memasak.
Tapak perkhemahan untuk 400 orang serta kemudahan bilik air dan tandas. Sebuah dewan terbuka untuk 100 orang, surau, tempat penerangan, chalet, pondok rehat, gerai, tempat letak kereta, padang bola tampar, sepak takraw, dan sebuah padang serbaguna.
Par Course, jalan siar kaki dan jambatan gantung.

gunung10     gunung20     gunung30