Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Maran, Sri Jaya dan Jengka kini bakal mempunyai satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila Galeri Tokoh dan Galeri 3D bakal dibuka di bandar Maran tidak lama lagi. Perasmian galeri ini akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul dan Ketua UMNO Maran pada 2 Febuari ini. Galeri ini akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bermula 3 Febuari 2020.

Jadi apa tunggu lagi ? JOM kita rancakkan pelancongan di negeri Pahang kesayangan kita.

#KerajaanNegeriPahang

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#JomLawatPahang

81716149 565006087627406 7428045315938189312 n

 

Taman Negara Pahang 1

Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Bandar yang terdekat ialah Bandar Jerantut. Perjalanan dari Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Jerantut. Dari Jeti Kuala Tembeling, pelawat akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Tambang bot ialah RM 55.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 1.00 petang setiap hari.

Pelawat juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut. Pelawat yang menaiki kereta api akan berhenti di Stesen Kereta Api Jerantut.

Permit dan Lesen

Setiap  pelawat mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00  setiap seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

Penginapan

Jabatan PERHILITAN hanya menguruskan Taman Negara manakala kemudahan dan perkhidmatan diuruskan oleh masyarakat setempat dan pihak swasta. Bayaran sewaan tapak perkhemahan RM1.00 / seorang / malam.

Mutiara Taman Negara Resort menyediakan penginapan bagi pelawat yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suitesyele dan asrama. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan. Maklumat mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan di Mutiara Taman Negara boleh dihubungi melalui talian 09-2662200 / 09-2663500, atau fax ke 09-2661500 atau layari laman web www.mutiarahotels.com

Taman Tasik Maran adalah sebuah lokasi untuk beriadah. Taman Tasik Maran ini dilengkapi dengan dua buah 'playground' yang boleh menampung ramai kanak-kanak dalam satu masa, trek untuk berjogging dengan mengelilingi tasik yang bersaiz besar, Chalet Majlis Daerah Maran, dan banyak lagi. Taman Tasik Maran mempunyai pemandangan dan fasiliti yang sangat baik dan anda tidak akan sekali-kali rugi untuk berkunjung ke sini. Tarikan baru di Taman Tasek adalah tempat untuk sewaan basikal dan kereta mainan yang menjadi tarikan terbaru yang pasti dapat mengisi masa riadah penduduk di sekitar maran dengan penambahan gerai-gerai jualan makanan.  

tasik1      tasek3      

 

Wauuuu....bestnye Kat Bandar Pusat Jengka Ni. Banyak tempat menarik rupenye. Ade wonderland....Ade rabbitland (mini zoo) Dan yang bestnye rabbitland sebelah je dgn The Chalet. Sehari x cukup berada di bandar Jengka Ni . Apakata...Kita sewe tidur kt chalet laa...harga berbaloiii...chalet plak atas BUKIT. Dpt tngok view cantik dari atas puncak bukit gittueee....

#untuk maklumat lanjut call 019-6692377 (admin The Chalet & Rabbitland Chalet Jengka)
(Admin Jengka Wonderland 019-9327987

RABBIT LAND

 

MARAN: Jengka Wonderland, taman air pertama yang akan dibina di rantau Felda, dibuka secara rasmi pada 1 Disember 2018. Walaupun ia tidak sama dengan taman air utama lain di negara ini, Jengka Wonderland yang terletak di Bandar Pusat Jengka, menawarkan masa yang baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa terutamanya peneroka Felda dan mereka dari daerah-daerah jiran.Terletak di antara tumbuh-tumbuhan yang subur, taman air 1.2ha, yang mengamalkan konsep seni bina Timur Tengah, menawarkan pelbagai tarikan dari orang dewasa dan papan luncur air kanak-kanak, kapal perang lanun, pantai gelombang buatan manusia dan air meriam.Taman ini boleh menampung sehingga 5,000 pelawat pada satu masa. Jengka Wonderland telah adalah gabungan konsep bangunan Timur Tengah dan Rom dengan warna-warna cerah termasuk unsur-unsur fantasi yang sesuai dengan namanya.

download