Sempurnakan percutian anda sekeluarga di sekitar Pahang dengan menyaksikan keindahan ibu kota Pahang dan kawasan sekitarnya dari sungai Kuantan.
Anda dapat menikmati pengalaman ini dengan mengikuti Kuantan River Cruise yang ditawarkan di jeti yang terletak hanyalah bersebelahan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Sekiranya anda menginap di Hotel Sentral Kuantan, anda boleh terus berjalan kaki untuk ke sini.
Kuantan River Cruise menawarkan pelbagai pakej yang berbeza seperti River Mouth Tour, Mangrove Park Tour, Kuantan River Discovery Tour, Kuantan River Night Tour dan Special Kuantan River Discovery Tour, bergantung kepada pengalaman yang ingin anda rasai.
Dengan harga permulaan hanya RM280 untuk bot yang dapat memuatkan sehingga 12 orang, cukup murah bukan?