Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Maran, Sri Jaya dan Jengka kini bakal mempunyai satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila Galeri Tokoh dan Galeri 3D bakal dibuka di bandar Maran tidak lama lagi. Perasmian galeri ini akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul dan Ketua UMNO Maran pada 2 Febuari ini. Galeri ini akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bermula 3 Febuari 2020.

Jadi apa tunggu lagi ? JOM kita rancakkan pelancongan di negeri Pahang kesayangan kita.

#KerajaanNegeriPahang

#MajuTerusPahang

#Pahang1st

#JomLawatPahang

81716149 565006087627406 7428045315938189312 n