tahun baru cina

Setiap tahun kita akan menyambut beberapa perayaan besar negara seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan sebagainya.

Untuk tahun 2020, Perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada:

  • 25.01.2020 
  • 26.01.2020

Untuk tahun ini, Hari Raya Cina tidak berada dalam cuti persekolahan, namun begitu Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Takwim Cuti Sempena Perayaan 2020, bagi memberi beberapa hari cuti sempena perayaan besar negara.

Untuk tahun 2020, KPM telah memberikan cuti pada tarikh berikut mengikut Kumpulan A dan Kumpulan B:

  • Kumpulan A: Cuti pada 23.01.2020 (Khamis) dan 27.01.2020 (Isnin)
  • Kumpulan B: Cuti pada 23.01.2020 (Khamis) dan 24.01.2020 (Jumaat)

Oleh yang demikian, secara rumusannya semua sekolah akan bercuti berdasarkan tarikh berikut;

  • Kumpulan A: 23.01.2020 – 27.01.2020
  • Kumpulan B: 23.01.2020 – 27.01.2020

 

24abd 1548317363KERAJAAN negeri Pahang mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar, di Kuantan, hari ini.

“Sukacita saya umumkan bermula tahun ini, Kerajaan Negeri menetapkan 30 Julai sebagai Hari Kelepasan Am Negeri bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah.

 

“Kerajaan Negeri membuat ketetapan ini berdasarkan kuasa diberikan mengikut Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9 (1)dan Pekeliling mengenainya sedang diedarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau meminta semua ketua jabatan dan agensi berkaitan mengambil maklum mengenai pengumuman berkenaan serta mematuhi arahan itu bagi memudahkan urusan rasmi yang akan ditetapkan pada tarikh terbabit.