bpr 2021

Mulai 15 Januari, rakyat Malaysia boleh mula membuat permohonan baharu, mengemaskini Bantuan Prihatin Rakyat atau membuat semakan BPR 2021 melalui laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Terkini, pendaftaran BPR dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti.

Pembayaran fasa pertama dijangka dibuat pada akhir Februari (tarikh rasmi akan dikemaskini di Telegram ini.

Subsidi Pembelian Telefon RM300 (PEMERKASA)

Kerajaan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 dalam Belanjawan 2021 kepada RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subsidi itu disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

“Jika Belanjawan 2021 telah diumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak 180 kepada semua penerima BPR, sukacita diumumkan tambah baik subsidi ini kepada RM300.

“Khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Oleh itu, peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan akan dilancarkan pada awal Mei nanti.

“Saya menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.