Kisah ini sudah tular sejak 2021 yang mana penderaan kanak-kanak perempuan OKU iaitu Bella pernah menggemparkan seluruh Malaysia .

Kes ini kembali menjadi perbualan hangat  untuk justiceforbella apabila terdapat perkongsian kenyataan saksi yang telah tersebar di medai sosial.

Kes yang masih dalam perbicaraan ini mempunyai beberapa saksi mata yang hadir memberi keterangan berkenaan kes ini bagi membantu siasatan.

Terdapat ramai pengguna aplikasi media sosial berkongsi kenyataan tersut dan bercerita tentang kisah oenderaan adik Bella di laman sosial masing-masing bagi mengambarkan rasa tidak puas hati dan menginginkan pembelaan bagi pihak adik Bella.

Rata-rata netizen merasakan penderaan yang dilakukan adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusian malah beharap agar Siti Bainun menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Melalui satu kenyataan , saksi yang merupakan seorang remaja telah menceritakan kejadian yang berlaku kepada Bella dengan lebih terpirinci dan teliti.

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/04/Game-On-3-768x407.png 768w" sizes="(max-width: 899px) 100vw, 899px">

Malah saksi mengakui yang dirinya turut sama mendera Bella dan melakukannya kerana dipaksa oleh tertuduh dan takut kepada Siti Bainun .


“Masa tertuduh mandikan Bella, dia minta saksi ambil air panas, dia simbah dekat luka Bella yang masih bernanah.”

“Bukan itu sahaja, tertuduh turut menggunakan kepala ‘water heater’ yang tengah panas dan tekap di dada Bella sebelum menyimbah air panas sehingga membuatkan kanak-kanak itu terberak”

“Tertuduh suruh Bella ambil najis dia makan. Mula-mula Bella taknak, tertuduh ugut nak letak cili dekat luka-luka dia. Bella pun makan.”

Malah beberapa saksi lainnya juga memberikan kenyataan berkenaan kes ini dan ada menyatakan bahawa adik Bella didera fizikal dan mental walaupun berkelakuan baik.

Siti Bainun dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sekadar info, Bella ditemui di kondominium milik Siti Bainun dalam keadaan yang menyedihkan dan luka yang teruk pada bahagian tubuhnya bersama parut lama yang membuatkan pihak yang menemui Bella itu membuat laporan polis.