Penjualan Produk/Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Dan Penglibatan Peribadi Secara Atas Talian

​Dimaklumkan bahawa SSM akan memperkenalkan Portal XCESS bermula 2 September 2021 bagi tujuan pembelian produk/maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Selain daripada itu, Portal XCESS juga membolehkan pelanggan membuat pembelian maklumat Penglibatan Peribadi dalam syarikat, perniagaan dan PLT secara atas talian.
 
Portal XCESS boleh diakses dengan melayari laman sesawang SSM iaitu www.ssm.com.my atau melalui pautan https://wwww.ssm4u.com.my.
 
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
1 SEPTEMBER 2021