Nama : Nurul Lyani Binti Mohd Roduan

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Nurul Lyani berumur 29 tahun merupakan seorang suri rumahtangga sepanjang masa. Beliau merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata. Mula menceburkan diri dalan bidang perniagaan online pada tahun 2020. Pada mulanya menjual pakaian preloved di media sosial sementara mengumpul modal untuk menjual pakaian. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum beliau berkunjung ke PEDi, beliau mengalami kesukaran untuk menjual di media sosial kerana kurang ilmu dan maklumat terhadap perniagaan di atas talian. Beliau juga tidak tahu menggunakan platform yang ada untuk memasarkan dan memperluaskan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beliau mengambil keputusan untuk belajar di PEDi dan menggunakan kemudahan wifi yang di sediakan di PEDi, beliau dapat menghadiri kelas usahawan secara online dengan baik sekali. Beliau dapat menyertai kelas secara langsung di platfrom Microsoft Teams dan sebagainya. Selain itu ia juga dapat memasarkan perniagaannya lebih luas lagi.