Bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Sejak mula, manusia mengamalkan kepentingan hidup bermasyarakat, bidang keusahawanan telah menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dalam menuju ke arah era globalisasi, di Malaysia, rakyatnya tidak lagi boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyediakan pekerjaan. Budaya pekerjaan di Malaysia sekarang lebih mengarah kepada bekerja dengan pihak swasta atau bekerja sendiri. Oleh itu, setiap individu perlu bijak dalam merebut peluang terutamanya dalam bidang perniagaan. Di kampung Luit sendiri, ramai usahawan-usahawan yang berjaya dilahirkan. Mereka kebanyakannya telibat dalam industri pertanian, penyediaan makanan dan penternakan.