Kami mengambil Pn Salina Bt Wahab selaku usahawan pada bulan ini. Puan Salina merupakan seorang usahawan kedai makan & catering yang sudah menjalankan perniagaan selama 11 tahun. Lokasi perniagaannya adalah di kg Luit, Maran, Pahang.Antara kaedah pemasaran yang dilaksanakan pada masa kini adalah secara individu serta dihantar terus kepada pelanggan. Selain itu, kaedah pemasaran dilakukan melalui media komunikasi dan internet seperti telefon dan email. Sasaran lokasi pemasaran produk adalah di kawasan semua Daerah Maran dan Luar Daerah Maran.