MM MARAN

Mahkamah Majistret

  • Mendengar kes-kes sivil dengan jumlah pertikaian atau tuntutan tidak melebihi RM100,000.00 (seratus ratus ribu ringgit).
  • Mendengar kesalahan jenayah yang tertakluk kepada hukuman denda dan penjara tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda sahaja dan boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 5 tahun penjara, denda tidak melebihi RM10,000.00 dan/ atau 12 kali sebatan
  • Menyediakan statistik bulanan kes-kes sivil dan jenayah

Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah

  • Mengawalselia disiplin pegawai dan kakitangan di Unit Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
  • Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes sivil dan jenayah di peringkat mahkamah rendah
  • Membuat Pengurusan Kes bagi kes-kes Mahkamah Rendah
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lai-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Mengurus semua deraf/perintah bersih, deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Rendah
  • Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
  • Menguruskan jadual bertugas Majistret bagi urusan reman di Mahkamah Majistret Negeri Pahang
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

18518147 1338278326253674 1575667619117937448 o

  • Melahirkan masyarakat Madani yang menjadikan Islam suatu cara hidup yang sempurna serta memahami dan menghayati ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah.
  • Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam dan bidangkuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang.
  • Memelihara kesucian agama Islam, penganutnya dan institusi-institusi keagamaan daripada ancaman, penyelewengan dan pencerobohan.
  • Meningkatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam secara bersistematik, efisyen dan berkesan.
  • Menyemarakkan pembangunan fizikal, kerohanian dan spiritual dalam melahirkan individu, keluarga dan ummah yang berketrampilan, agresif dan proaktif.
  • Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Kerajaan serta mengikut peraturan-peraturan yang terkandung dalam enakmen-enakmen yang berkaitan dengan agama Islam negeri Pahang.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan dan berkualiti.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan dan berkualiti.
  • Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara efisyen di dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
  • Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan institusi pendidikan agama Islam negeri Pahang bagi melahirkan insan kamil.
  • Merancang program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam Pahang.
  • Membuat kajian dan penilaian terhadap isu hal ehwal islam negeri Pahang yang berkaitan dengan aqidah, syariah, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan dan lain-lain.
  • Mengumpul dan menganalisa data dan maklumat bagi kepentingan keberkesanan produktiviti pengurusan.

100587307 102697421469814 7117236812107481088 n

  1. 1)  Wakil Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat daerah;
  2. 2)  Memantau dan memastikan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusiaan dan kerohanian di peringkat daerah;
  3. 3)  Memantau dan memastikan program ikhtisas, bagi meningkatkan kecekapan staf;
  4. 4)  Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan bagi PPD dan sekolah-sekolah;
  5. 5)  Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran di sekolah-sekolah;
  6. 6)  Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja penyelia, pengetua, guru besar, guru-guru dan kakitangan bukan guru;
  7. 7)  Mengurus, mentadbir perkhidmatan dan kebajikan pegawai-pegawai PPD, guru-guru dan staf bukan guru;
  8. 8)  Memberi pimpinan dan bimbingan ikhtisas kepada pegawai-pegawai PPD, pengetua/guru besar dan staf bukan guru;
  9. 9)  Memantau dan memastikan program untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi akademik di semua peringkat;
  10. 10)Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan Panel Mata Pendidikan Daerah;
  11. 11)Memantau dan memastikan program Sukan, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid di peringkat daerah;
  12. 12)Memastikan pelaksanaan perkara-perkara mengenai hal ehwal murid/disiplin/moral supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPM/JPN.

 

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak turut disediakan

Perpustakaan Awam Maran, Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1993. Sehingga tahun 2008, perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 3,000 ahli yang berdaftar dan purata keahlian ialah 30-50 orang setiap bulan. Yuran keahlian adalah RM12.00 untuk golongan dewasa, RM9.00 untuk golongan belia dan RM7.00 untuk kanak-kanak dan keahlian adalah sepanyang hayat.

Variasi buku untuk kanak-kanak, novel, fiksyen, bahan rujukan pendidikan dan buku-buku ilmiah tersergam indah di rak-rak buku yang terdapat di sini. Selain persekitaran yang selesa, terdapat juga zon untuk membaca bagi golongan dewasa dan kanak-kanak mengikut jenis dan bahan bacaan masing-masing. Selain itu, terdapat juga majalah-majalah berbentuk ilmiah dan bacaan ringan bagi mereka yang gemar membaca majalah.

Perpustakaan ini sering kali menganjurkan aktiviti dan juga pertandingan untuk pengunjung dan juga ahli perpustakaan. Pertandingan bercerita, Kuiz kanak-Kanak dan melukis serta mewarna yang dianjurkan mendapat sambutan yang sangat positif daripada kanak-kanak di sini. Selain daripada menguji minda, peserta juga dapat menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan karya lukisan dan pewarnaan. Program Kempen Membaca pula dijalankan setiap tahun untuk memupuk sikap membaca bagi setiap generasi muda hingga dewasa. Di sini juga sering diadakan pertandingan Bacaan Kegemaran Saya, Pembaca dan Pengunjung Perpustakaan Terbanyak untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Kemudahan penggunaan komputer dan juga talian Internet juga membuatkan ramai pengunjung gemar untuk ke sini. Perpustakaan ini juga merupakan salah satu perpustakaan di mana penggunaan USP terbanyak di Malaysia. Kapasiti perpustakaan ini boleh memuatkan kira-kira 100 orang dalam sesuatu masa. Terdapat empat orang pekerja perpustakaan yang sentiasa ramah dan membantu jika terdapat sebarang kesulitan. Dua daripadanya bertugas dalam perkhidmatan perpustakaan bergerak di kampung-kampung sekitar Maran. Mesin pengimbas dan juga pencetak juga membantu pelajar-pelajar untuk menyiapkan kerja rumah atau tugasan sekolah.

Waktu operasi Perpustakaan Awam Cawangan Maran adalah seperti berikut :

Isnin-Khamis : 8.30pg- 5.00 ptg

Jumaat : 8.30pg- 12.15 tgh hari

Sabtu, Ahad 7 Cuti Umum : Tutup

Sumber : http://www.ktaktelecentre.my/Maran/usp.html