Kedai buku Men Men merupakan sebuah kedai buku yang berada di kawasan Bandar Maran. Kedai ini teleh beroperasi selama 8 tahun. Kedudukannya yang strategik memudahkan penduduk untuk membeli keperluan alat tulis di kedai ini , selain menawarkan harga yang berpatutan kedai ini juga ada membekalkan buku teks, buku kerja sekolah, buku tulis, peralatan menulis, barang-barang pejabat, alatan sukan serta lencana. Di sini, juga ada menyediakan perkhidmatan fotokopi.

MENMEN1

Majlis Daerah Maran telah berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi memudahkan segala urusan penduduk kampung. Antara salah satu kemudahan–kemudahan yang disediakan antaranya adalah:

PERPUSTAKAAN DESA KG LUIT

libraryluit

Kepentingan Perpustakaan

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan sebuah perpustakaan. Di perpustakaan terdapat pelbagai jenis bahan bacaan. Antaranya, novel, buku cerita, majalah dan ensiklopedia. Buku-buku yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman. 
 
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan, kita dapat meningkatklan pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita membaca buku tentang sains dan teknologi, kiota dapat menambahkan pengetahuan tentang sains. Pengetahuan yang ditimba itu dapat digunakan dalam mata pelajaran sains di sekolah. 
 
Selain itu, jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Oleh itu, masa lapang kita tidak terbuag begitu sahaja. Kita juga tidak terjebak dengan gejala-gejala sosial seperti bergaul dengan budak-budak nakal dan ponteng sekolah.
 
Di samping itu, membaca buku-buku yang terdapat di perpustakaan dapat memberikan hiburan kepada kita. Contohnya, kita akan terhibur dengan cerita-cerita lucu yang dibaca. Kita juga boleh mendapat pengajaran dan iktibar daripada cerita tersebut. Hati kita juga akan tenang dan gembira selepas penat belajar dan mengulang kaji pelajaran.
 
Melalui buku-buku yang dipinjam dan dibaca dari perpustakaan juga akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa kita. Contohnya, kita dapat mempelajari kosa kata baharu yang boleh digunakan semula dalam penulisan karangan. Jika kita tidak mengetahui makna sesuatu perkataan pula, bolehlah dirujuk dalam kamus. Secara tidak langsung, kita telah dapat menambahkan perbendaharaan kata.
 
Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid. Janganlah kita mensia-siakan kemudahan yang ada di perpustakaan. 

 

 

Assalammualaikum semua.. 
Nak beli kek pagi2 ni?? 
Jangan risau.. Kedai kek Makeup Bakery 
BUKA seawal 8.30 pagi..😍

πŸŽ‚KEK RASA MEWAH SERENDAH RM10πŸŽ‚

Ada apa ya hari ni..?? Jom tengok peti😘

Sebarang pertanyaan/order
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
www.wasap.my/60186632621 (Kak Mar)

 

kek10     kek20     kek30

kek40     kek50     kek60

Homestay ini adalah salah satu kemudahan yang terdapat di Bandar Maran ini. Homestay  ini terletak di Taman Maran Impian. Jarak dari Bandar Maran ke Homestay ini adalah kira-kira 500 meter. Homestay ini terdapat 3 bilik  yg terdiri daripada bilik utama,bilik kedua dan ketiga beserta dapur, ruang tamu yang luas dan Tempat letak kereta yang boleh memuatkan 2 biji kereta. Lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan Bandar Maran, Masjid, kedai makan, stesen minyak dan kemudahan asas yang lain.

 

DINING HALL1     LIVING ROOM1     DAPUR0\

BILIK 10     BILIK20     BILIK 30

Celoteh saya mengenai JENGKA SENTRAL : Terminal pengangkutan awam yang baru sahaja disiapkan di Bandar jengka, Maran, Pahang: 
"Alhamdulillah, antara terminal Bas & Teksi paling "awesome" di Pahang akan beroperasi tidak lama lagi....izinkan saya sebagai penggiat "industri pelancongan" untuk memberi sedikit pendapat. Seperti yang kita sedia maklum, Industri Pelancongan di Maran amnya adalah antara yg termundur di dalam negeri Pahang ini jika dibandingkan dengan daerah Bentong, Temerloh, Jerantut, Kuantan, Cameron namun masih belum terlambat untuk kita bersaing. Sebenarnya banyak tarikan pelancongan yang boleh diketengahkan di Maran amnya dan Jengka khasnya sekiranya beberapa perkara asas dapat disediakan dan antara yang paling kritikal adalah "Tourist Information Center" sebagai pusat sehenti segala rujukan pelancong luar negara, pengembara dan pelancong tempatan tentang penginapan, pengangkutan, kereta sewa, tempat2 menarik dan hal2 berkaitan. Dan amat penting ianya dikendalikan oleh mereka yang benar-benar profesional dan berinformasi bukan setakat tangkap muat. Kalau kita perhatikan, kemudahan rujukan maklumat sehenti ini langsung tidak dipertimbangkan dalam perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.