76491465676666

Farmasi adalah salah satu kemudahan yang terdapat di Bandar Maran selain Klinik Kesihatan. Farmasi penting untuk pelanggan yang ingin mencari ubatan selain ubat Hospital. Farmasi di Maran beralamat di No.3 Wisma Pemuda UMNO, 26500 Maran, Pahang. Masa operasi adalah dari Isnin hingga Ahad jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

2017 01 10

Klinik kesihatan Maran merupakan salah satu kemudahan awam yang terdapat di Daerah Maran. Selain mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi kemudahan awam yang terdapat di Kg Luit ini juga boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap.Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, perpustakaan desa, balairaya, gelanggang futsal,dewan orang ramai, surau dan masjid turut terdapat di Kg Luit ini.

Antara fungsi Klinik Kesihatan adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan. Ia juga berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan mengembangkan sektor penyelidikan  dan pembangunan kesihatan.

Nama Pengurus  : Pn Rozana Binti Muda
Alamat  : No 73, Lorong Masjid, 26500 Maran, Pahang Darul Makmur 
Kakitangan : 15 Orang termasuk posmen 
Waktu & Hari Operasi  : 8.30 am - 5.30 pm (Isnin-Jumaat) 
No. Tel : 09-477 1223
Email  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

                pej pos

Majlis Daerah Maran (1988-sekarang)

Sebelum Daerah Maran diwujudkan, Bandar Maran yang terletak di dalam Mukim Luit berada di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran Pekan seperti yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang G.N 380/55 dan kemudian dipinda mengikut G.N 45/68.

Berdasarkan takrif Penguasa Tempatan terdapat petempatan bandar ketika itu iaitu Bandar Maran (dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran Pekan) dan Pekan Chenor (petempatan bandar di Daerah Temerloh)

Majlis Daerah Maran ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 502 bertarikh 23hb. Jun 1988. Penubuhan Majlis Daerah Maran adalah merupakan percantuman dua pihak Penguasa Tempatan sediada ketika itu iaitu Lembaga Bandaran Kecil Maran dan Majlis Tempatan Chenor. Ini termasuklah beberapa pekan-pekan kecil iaitu Bandar Jengka, Simpang Tajau, Simpang Awah, Pekan Sungai Jerik dan Pekan Sri Jaya.

Majlis Daerah Maran, sejajar dengan pertambahan penduduk, permintaan kemudahan awam, kemajuan teknologi dan peningkatan taraf perkhidmatan berusaha ke arah meningkatkan prestasi perkhidmatan dan pembangunan terhadap kawasan tadbirannya.

Disamping itu juga, terdapat pertambahan pembinaan bangunan-bangunan kedai, gerai, dewan, masjid, padang permainan, kawasan rekreasi dan sebaginya. Ini termasuklah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Merujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, satu keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat ke 58 pada 24hb. November 1993 bahawa pentadbiran, pengurusan dan perkhidmatan Perbandaran Bandar Pusat Jengka (sekarang Bandar Jengka) diambil alih oleh LKWJ daripada Majlis Daerah Maran selama tempoh 5 tahun mulai 1hb.Januari 1994 sehingga 31hb.Disember 1998.

Pada masa itu, Majlis Daerah Maran ditadbir oleh pecahan 6 unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Perancang Bandar, Unit Teknikal, Unit Penilaian dan Taksiran serta Unit Pelesenan, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Bandar.

(sumber : buku aturcara majlis perasmian pejabat MDM)

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran kini beroperasi di bangunan kompleks baharu terletak bersebelahan Maran Hill Golf Resort, kira-kira satu kilometer dari lokasi asal. Semua jabatan dalam IPD Maran telah memulakan operasinya di bangunan baru ini kecuali Bahagian Trafik masih di tempat lama. Lokasi baharu IPD Maran yang terletak di atas bukit lebih strategik dan dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai kerana mempunyai kawasan letak kereta yang lebih luas berbanding lokasi lama.

Antara jabatan-jabatan yang terdapat dalam IPD Maran ialah Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit Cawangan Khas dan Bahagian Ketenteraman Awam. Selain kompleks pentadbiran, IPD turut mengandungi kediaman lapan unit rumah pegawai dan 60 unit rumah anggota lain-lain pangkat.

 

                                          balai polis