Destinasi Pelancongan yang menarik dan pastinya banyak pengalaman dan ilmu yang kita akan dapat. Kepada pengunjung yang belum pernah melancong ke Maran dan tidak tahu apa yang menarik di Maran. Jadi Jom sama-sama kita Jelajah Maran.  Kali ini team nak bawa tempat yang menarik iaitu Galeri 3D Maran dan Galeri Tokoh dalam satu bangunan. Kalau anda nak tahu di Maran ni sebenarnya banyak terdapat pelbagai Galeri.

Untuk pengetahuan semua Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul dan Ketua UMNO Maran pada 2 Febuari 2020. Galeri Tokoh  adalah antara tempat menarik untuk dikunjungi apabila bercuti di bandar Maran.  Baca di sini:  maranunlimited.com

Seri Wangi paling suka berkunjung ke Galeri 3D Maran sebab bila anda masuk saja ke tempat ini, sudah pastinya anda rasa terpegun dengan keunikan dan betapa kreatif lukisan 3D yang dihasilkan. Seri Wangi pun rasa seronok dan terpenuh melihat lukisan-lukisan 3D yang ada di dalam Galeri 3D tersebut, maunya nanti ada yang tak mahu balik sebab asyik berselfie sakan. Rasanya kalau anak-anak yang masuk ke sini tentu emak-emak penat melayan kerenah mereka. 

 
Cantik kan lukisan-lukisan 3D tersebut, rasa tak puas rasanya, masa hendak bergambar dan tak cukup masa sebab banyak lukisan yang menarik, cantik dan nampak hidup. Jadi apa lagi jika dah datang bercuti ke Maran, Pahang, mohlah kita berkunjung ke Galeri 3D Maran, tiket-tiket masuk harga pun berpatutan. 
 
Tiket masuk: 
 
Untuk maklumat bayaran masuk Galeri Tokoh dan DdMaran. 
 
Dewasa: RM8
Kanak-kanak dan wsrga emas : RM3
Warga Asing: RM10