Mahkamah Majistret
- Mendengar kes-kes sivil dengan jumlah pertikaian atau tuntutan tidak melebihi RM100,000.00 (seratus ratus ribu ringgit).
- Mendengar kesalahan jenayah yang tertakluk kepada hukuman denda dan penjara tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda sahaja dan boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 5 tahun penjara, denda tidak melebihi RM10,000.00 dan/ atau 12 kali sebatan
- Menyediakan statistik bulanan kes-kes sivil dan jenayah
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
- Mengawalselia disiplin pegawai dan kakitangan di Unit Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
- Bertanggungjawab terhadap pendaftaran kes-kes sivil dan jenayah di peringkat mahkamah rendah
- Membuat Pengurusan Kes bagi kes-kes Mahkamah Rendah
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran Tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lai-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Mengurus semua deraf/perintah bersih, deraf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Rendah
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan
- Menguruskan jadual bertugas Majistret bagi urusan reman di Mahkamah Majistret Negeri Pahang
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa