Klinik kesihatan Maran merupakan salah satu kemudahan awam yang terdapat di Daerah Maran. Selain mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi kemudahan awam yang terdapat di Kg Luit ini juga boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap.Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, perpustakaan desa, balairaya, gelanggang futsal,dewan orang ramai, surau dan masjid turut terdapat di Kg Luit ini.
Antara fungsi Klinik Kesihatan adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan. Ia juga berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.