Tarikh : Sepanjang September 2023
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi :PEDi Kg Luit
Peserta : 21 orang peserta.
Tujuan :
- Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian.
- Program ini akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.
Kelebihan Aktiviti :
Mendedahkan komuniti tentang program dan kelas yang disediakan di PEDi Kg Luit. Melahirkan komuniti setempat yang celik IT dan meningkatkan komuniti inovatif. Dapat menambah ilmu kemahiran dengan kelebihan dimasa hadapan kepada komuniti.
|
Tarikh : Sepanjang Ogos 2023
Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Lokasi : Pedi Kg Luit
Peserta :
Tujuan : Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan kepada peserta tentang kemerdekaan.Aktiviti ini dapat merangsang minda para peserta dan menarik minat peserta serta belajar mengenal bendera Malaysia yang menjadi lambang negara.
Antara pengisian sepanjang aktiviti adalah :
- 1) Peserta berkumpul di hadapan petugas mendengar penerangan tentang warna-warna yang terdapat dalam bendera Jalur Gemilang.
- 2) Peserta mempelajari maksud setiap warna yang terdapat pada bendera.
- 3) Peserta diberi pengetahuan tentangtempat sesuai untuk mengantungkan bendera.
- 4) Aktiviti sampingan ialah pengenalan asas PEDi kepada peserta serta serba sedikit pengenalan tentang kepentingan menyambut kemerdekaan, sesi soal jawab, dan demonstrasi tempat mengantungkan bendera.
TARIKH : 16 MEI 2023
MASA : 09.30 AM - 12.00 PM
LOKASI : PEDI Kg Luit
PESERTA : 20 ORANG
Tujuan : Pertandingan mewarna ini disertai oleh pelajar Tadika Kemas Kg Luit.
Pertandingan ini diadakan sempena pengisian program sempena Hari Guru
- Mewarna melatih peserta memberikan tumpuan kepada aktiviti yang
dilakukan.
- Selain itu juga, aktiviti mewarna dapat menajamkan kemahiran motor
kasar. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaras mata dan
pergerakan tangan.
Aktiviti : 1) Peserta diberi taklimat oleh petugas
- 2) Peserta diberi sekeping kertas bergambar dan diberi masa mewarna menggunakan pensel warna mengikut kreativiti masing-masing.
- 3) Peserta juga diberi penerangan mengenai pengetahuan asas tentang komputer.
Tarikh : 14 JUN 2023
Masa : 9:30 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi : Pusat Digital Ekonomi Kampung Luit
Peserta : 30 orang
Tujuan :
- Tujuan program ini adalah merupakan misi memaju kejayaan bersama sebagai platform menjayakan pembangunan sosioekonomi ummah.
- Slot taklimat diadakan seperti:-
- Pengenalan asas PEDi secara ringkas oleh petugas
- Pengenalan Ah Rahnu YaPIEM
- Tabung ibadah qurban YaPIEM
- Menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak
- Jualan barang kemas prelove dan goldbar
- Khidmat cuci emas kepada peserta dengan percuma
- Mendaftar sebagai ahli YaPIEM secara percuma.
Antara pengisian dan aktiviti sepanjang program berlangsung adalah :
- 1) Peserta diberi taklimat sesi suai kenal petugas PEDi dan wakil
Ar Rahnu YaPIEM Maran (Puan Zyairah)
- 2) Sesi soal jawab serta penerangan tentang Ar Rahnu
- 3) Acara cabutan bertuah
4) Peserta diberi peluang menaiki bas bergerak yang menyediakan perkhidmatan cuci emas secara percuma, menimbang koleksi emas dan serba sedikit ilmu penyimpanan tabungan melalui Goldbar.
Tarikh : 14 Dis 2017
Masa : 9.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat : PEDiI Kg Luit
Pengunjung : 51 Orang
Tujuan : Program ini di anjurkan untuk memperkenalkan Aplikasi DASHBOARD dan modulnya kepada komuniti. Antara modul yang terdapat di dalam Aplikasi Dashboard adalah seperti MyKomuniti, MyShop, MySoal, MyPlace, MyHealth dan lain-lain.
Aktiviti : Antara aktiviti yang di jalankan adalan pendaftaran kepada peserta dan pemeriksaan kesihatan menggunakan MyHealth. Acara di teruskan dengan pengenalan kepada modul-modul DASHBOARD. Peserta juga di arahkan untuk memuatnaik hebahan di dalam setiap modul selepas diterangkan oleh petugas PEDI.